Wednesday 14 March 2018

Wujud Lagi ke Blog saya ni.....

Lama betul saya tak jenguk dekat Blog saya ni...... mungkin duk sibuk dengan kerja-kerja duniawi hehe.... Hari ini hari Khamis (15 Mac 2018).... Pakai Jam Ricoh World Timer...

Jam ini agak besar saiznya....44mm tanpa crown dan jarak diantara lug ke lug 52mm. Saya percaya jam yang ada pada saya ini telah dibaikpulih (Refurbished)..... Back case yang berbeza tertulis Diver...bukan Warld Timer.

Jam lama diberi nafas baru dengan dikenakan nato strap 22mm. Tetapi kekadang tengah2 pakai boleh pulak terberhenti saatnya (mati dah..) emmm enjin kena servis ni...
Ok babai..... hingga jumpa lagi....

Wednesday 21 August 2013

Sambut bulan kemerdekaan dengan jam......

Dah agak lama saya tak jenguk blog saya ni....sibuk... sempena bulan kemerdekaan ini saya nak memakai jam Invicta yang saya beli daripada seorang kawan...(beli tahun lepas lagi)





Dail jam invicta ini seakan-akan seiko monster... tetapi saiz jam ni agak kecik sahaja....



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.....Merdeka.!!! Merdekaa..!!! Merdekaaaaa...!!!!!

Tuesday 12 June 2012

H4U 2012, Kuala Lumpur


 Seperti yang tertera pada beg yang ditaja oleh HALDA WATCH SWEDEN ini, H4U 2012 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 Jun 2012 bermula 10:00 pagi hingga 1:00 tengahari.

Penaja utama sedang memberi sepatah 2 patah (...dan berpatah-patah...hehehe)

Ini antara penaja-penaja untuk H4U tahun 2012.....



Satu lagi penaja utama ialah WWII, tapi tak berkesempatan ambil gambar sebab ramai sangat orang yang 'berlonggok' depan Booth mereka.

Ini pulak antara jam-jam yang sempat diabadikan dalam kemera 'capuk' saya ni.....

Sunday 13 May 2012

Ombak....di tangan ku..

Minggu ini saya pakai jam ni...ALBA WAVE, (AL4003X). Nama tu saya bagi sendiri sebab pada permukaan 'Dail' jam ni ada alunan ombak rindu hehehe..



Jam ini memang puas hati memilikinya memandangkan tidak banyak kerenah... malah ia didatangkan dengan enjin 7S26 dan harga yang berbaloi-baloi. Ada khabar angin menyatakan jam ini sudah dihentikan pengeluarannya.

InsyahALLAH minggu ini saya berdoa lebih banyak kerja-kerja di pejabat ini yang dapat diselesaikan dengan ditemani si ALBA hitam manis ini.....Amin..